Thursday, August 19, 2010

persoalan cinta dan couple


Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)


Dalam islam cinta yang sebenar adalah cinta selepas kahwin kerana cinta sebelum kahwin banyak keburukan terutamanya boleh membawa kepada zina. Zina boleh berlaku bukan sahaja melibatkan berlakunya persetubuhan tetapi jugak melibatkan zina tanpa kita sedar seperti zina hati, zina mata, zina tangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kemaksiatan. Seperti mana dalam artikel, risalah atau apa sahaja yang berkaitan dengan soal hukum bercinta sebelum kahwin telah jelas ia adalah HARAM kepada umat islam kerana banyak keburukan dari kebaikan.


Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.


Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.


Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan aq kepada korang semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple korang punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.


Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan???!


Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.


“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. amin ya rabbal alamin....

No comments:

Post a Comment